Monday, April 28, 2014

Borang Tapisan Keutuhan

LAMPIRAN T1


BUTIR-BUTIR CALON UNTUK TAPISAN KEUTUHAN

PERINGATAN


Semua ruangan hendaklah dipenuhkan.  Jika tidak berkenaan tulis       ‘TIDAK BERKENAAN’       
jika tiada, tulis ‘TIADA’
.
A.
1.
NAMA
:
_______________________________________



2.
NO. KAD PENGENALAN


2.1
(BARU)
______________
2.2
(LAMA)
_____________



3.
TARIKH / TEMPAT LAHIR
:

___________________________



4.
JAWATAN/PEKERJAAN
:

PPPS / GURU PRAUNIVERSITI



5.
GAJI HAKIKI SEBULAN
:

____________________



6.
ALAMAT PEJABAT
:

SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL






KOMPLEKS SUKAN NEGARA, 57000






KUALA LUMPUR


          
TEL
:

03-90587335



7.
ALAMAT RUMAH
:

____________________
TEL
:
___________





_____________________








8.
JAWATAN / PEKERJAAN TERDAHULU (SENARAIKAN)





BIL.
GELARAN JAWATAN
TEMPOH BEKERJA (TAHUN)


-       TIADA -




9.
JAWATAN YANG DISANDANG DALAM PERTUBUHAN / LAIN-LAIN
BIL
Nama Jawatan yang disandang
-       TIADA -


10.
REKOD AKADEMIK
BIL.
SIJIL / IJAZAH
INSTITUT / PUSAT PENGAJIAN TINGGI
TAHUN
1



2




1.    NAMA SUAMI/ISTERI                                   :__________________

2.    JAWATAN/ PEKERJAAN SUAMI/ISTERI    :_________________________
 
3.    ALAMAT PEJABAT SUAMI/ISTERI             : _________________________
                                                                     __________________________  

Thursday, April 24, 2014

Latihan 1. Carta pai mudah



Program Prauniversiti
Sekolah Sukan Bukit Jalil

CARTA PAI MUDAH
Nama : _________________________
Kelas : _____________________
Tarikh : ___________________


Latihan 1

Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam petikan di bawah ini , sediakan carta pai untuk menggambarkan data tentang eksport negara sehingga bulan Disember 2005.

Dengan meningkatkan galakan eksport selepas negara mengalami kegawatan ekonomi yang teruk sejak bulan Julai 1997 sehinggga pertengahan tahun 1998, jumlah eksport negara telah meningkat sebanyak 7.83% atau RM9.8 bilion pada bulan Disember 2005 berbanding bulan Disember 2004. Nilai eksport yang dicatat pada tahun 2004 ialah RM120 bilion. Antara enam barang eksport utama negara, petroleum mentah mencatatkan angka yang tertinggi, iaitu sebanyak RM36.77 bilion. Ini diikuti oleh hasil yang berkaitan dengannya, iaitu gas asli cecair yang mencatatkan jumlah RM34 bilion. Lazimnya, gas asli cecair didapati di kawasan di mana petroleum mentah digerudi.
Barang eksport yang ketiga terbanyak menyumbangkan kepada pendapatan negara ialah barang elektrik. Barang elektrik seperti penyaman udara, radio, televisyen dan sebagainya dieksport ke seluruh dunia dan angka yang dicatatkan pada tahun 2005 adalah sebanyak RM23.54 bilion . Seterusnya, ialah barang tekstil, terutama batik dan sutera yang bernilai RM15.05 bilion. Hasil eksport yang terkecil pada tahun ini adalah kayu balak. Ini sejajar dengan langkah kerajaan untuk mengekalkan ekosistem yang baik dan mengawal pembalakan. Nilai yang dicatatkan adalah sebanyak RM3.52 bilion. Barang eksport yang bersifat tradisional, iaitu getah juga mencatat angka yang agak menggalakkan, iaitu RM16.52 bilion.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Persatuan Pengeksportan Negara, Tahun 2006 )


Latihan 2
Program Prauniversiti
Sekolah Sukan Bukit Jalil

CARTA PAI MUDAH

Nama : _________________________
Kelas : _____________________
Tarikh : ___________________

Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam petikan di bawah ini , sediakan carta pai yang sesuai bagi menunjukkan pelaburan asing mengikut industri pada tahun 2004.

Pelaburan asing terus meliputi kira-kira satu per tiga daripada jumlah pelaburan swasta di negara ini. Kerajaan terus memastikan dasar yang dilaksanakan berterusan menyokong kemasukan pelaburan asing yang baru dan negara kekal sebagai destinasi pilihan syarikat yang mencari peluang di Rantau Asia. Jumlah pelaburan asing di negara ini telah mencatatkan sejumlah   RM12 244 juta pada tahun 2004.
Daripada jumlah tersebut, RM384.8 juta merupakan pelaburan dalam industri makanan. Pelaburan asing dalam industri tekstil mencatat sejumlah RM368.5 juta atau 3.0 peratus. Laporan Pelaburan Dunia ( UNCTAD ) 2003 telah menyenaraikan Malaysia sebagai salah satu daripada sepuluh negara ekonomi teratas yang berjaya menarik pelaburan asing. Lebih banyak syarikat asing yang melabur dalam industri seperti kertas dan percetakan berjumlah RM1 361.8 juta dan produk petroleum berjumlah RM812.4 juta atau 6.6 peratus.
Malaysia juga dapat memperbaiki kedudukannya dalam industri elektronik dengan mencatatkan jumlah pelaburan asing tertinggi, iaitu sebanyak RM6 826.0 juta atau 55.7 peratus. Pelaburan asing dalam produk industri kimia telah mencatatkan sejumlah RM556.3 juta pada tahun tersebut manakala pelaburan asing dalam industri penghasilan produk getah lebih rendah sebanyak RM446.5 juta berbanding produk kimia.
Selain itu, pelaburan dalam industri penghasilan produk logam dibentuk telah mencatatkan sejumlah RM736.3 juta atau 6.0 peratus. Kekukuhan asas ekonomi negara seperti keterbukaan perdagangan, perlindungan undang-undang hak cipta dan kadar cukai yang rendah membolehkan negara bertindak secara berkesan terhadap persekitaran global yang semakin kompetitif. Untuk itu, pelaburan asing terhadap produk elektronik telah mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu RM6 826.0 juta atau 55.7 peratus.

( Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan daripada Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), 2005 )


Wednesday, April 23, 2014

Teks Ucapan

Kebiasaan nya selepas peperiksaan akhir semester , satu majlis akan diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar yang akan meninggal  program prauniversiti SSBJ . Mereka biasanya akan melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi spt. UPM, UKM, USM, UM dan lain-lain IPTA lagi.

Seminggu menjelang majlis diadakan pelajar yang dilantik sebagai pengerusi majlis akan sibuk mengejar cikgu untuk menyediakan teks ucapan, 

Oleh itu teks ini hanyalah panduan kepada pelajar-pelajar untuk menyediakan teks mereka.  

UCAPAN MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR SEMESTER IV  PROGRAM  

PRAUNIVERSITI

MASA
CUE
ANN 1 ( Nadia )
8.00 mlm
Semua mengambil tempat
Sirih berlipat siri pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pemuka bicara

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

YANG DIHORMATI DATUK MARINA CHIN
PENGETUA SSBJ,
YANG BERUSAHA BARISAN PENTADBIR SSBJ,
GURU-GURU,
PARA  JEMPUTAN  DAN
HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN.
YANG DIRAIKAN PELAJAR SEMESTER IV,

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA.

MAJLIS TERLEBIH DAHULU
MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA TETAMU KE MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR SEMESTER IV SESI 2013/2014
MAJLIS JUGA TURUT MERAKAMKAN SEKALUNG TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN YANG BERBAHAGI DATUK MARINA UNTUK BERSAMA-SAMA MENJAYAKAN MAJLIS INI



































MASA
CUE
ANN 2 ( Fadzil )
8.10 MLM
Bacaan Doa
 Bunga Mawar cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi;
Doa dibaca memohon rahmat, Semoga majlis sentiasa diberkati.

BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS
PADA MALAM INI, MARILAH KITA SAMA-SAMA MENGAMINKAN DOA YANG AKAN DIBACAKAN OLEH……

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.




MASA
CUE
ANN 3 ( Fadzil )
8.15 Mlm
Selepas bacaan doa
AMIN AMIN YA RABBIL ALAMIN

MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA ……..
ATAS BACAAN DOA ITU TADI.

BAGI MENERUSKAN ACARA, MAJLIS SEGERA MENAMPILKAN SDR. SYAZWAN , PENGERUSI MPP DAN SEBAGAI WAKIL PELAJAR SEMESTER IV UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.


MASA
CUE
ANN 4 ( Nadia )
8.20 mlm
Selepas ucapan alu-aluan
MAJLIS MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH.

SETERUSNYA HADIRIN SEKALIAN, MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA PN. ROSMAWATI ISMAIL, PEN. KANAN PRAUNIVERSITI
MENYAMPAIKAN UCAPAN.

DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN















MASA
CUE
ANN 5 ( Nadia )
8.30 mlm
Selepas ucapan Yang Berusaha…..
TERIMA KASIH YANG BERUSAHA PN. ROSMAWATI BT. ISMAIL, ATAS UCAPAN ITU TADI.

HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,
TIDAK LENGKAP RASANYA MAJLIS KITA INI, JIKA TIDAK MENDENGAR KATA-KATA HIKMAT DRP. DATUK  MARINA.

DENGAN ITU, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN DATUK MARINA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.

DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.




MASA
CUE
ANN 6 ( Fadzil )
8.40 mlm
Selepas ucapan Datuk Marina
TERIMA KASIH DATUK.

HADIRIN HADIRAT YANG DIHORMATI,

Puan dibawa ke Gunung Ledang,
Bagi penawar hati yang ragu,
Bagi menghapus hati yang lara;
Pinggang mangkuk telah terhidang,
Apa lagi ingin ditunggu,
Marilah kita menjamu selera,

DENGAN ITU, MAJLIS MEMPERSILAKAN PARA HADIRIN MENJAMUN SELERA.
DIPERSILAKAN.



MASA
CUE
ANN 7 ( Fadzil )
9.30 mlm
Selepas makan
HADIRIN HADIRAT SEKALIAN,

MAJLIS DITERUSKAN DENGAN ACARA CABUTAN BERTUAH,
MAJLIS MENJEMPUT PN. ROSMAWATI ISMAIL, PK PRAU UNTUK MEMBUAT 4 CABUTAN. ( PEMENANG MENERIMA HADIAH )
TERIMA KASIH………

SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT ……UNTUK MEMBUAT 4  LAGI CABUTAN.
TERIMA KASIH………




MASA
CUE
ANN 8 ( Nadia )
9.20 mlm
Selepas  cabutan bertuah
BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS KITA PADA MALAM INI, MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENDENGARKAN LAGU YANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH………….



MASA
CUE
ANN 9 ( Nadia )
9.20 mlm
Selepas  nyanyian
MAJLIS DITERUSKAN DENGAN ACARA CABUTAN BERTUAH,
MAJLIS MENJEMPUT…………..UNTUK MEMBUAT 4 CABUTAN. ( PEMENANG MENERIMA HADIAH )
TERIMA KASIH………

SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT ……UNTUK MEMBUAT 4 LAGI CABUTAN.
TERIMA KASIH………





MASA
CUE
ANN 9 ( fadzil )
9.30 mlm
Selepas cabutan bertuah
MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA …. .

HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,

Tiap pertemuan ada perpisahan,
Itu adat itu lumrah kehidupan,
Begitulah rentetan perjalanan,
Walau sukar untuk ditelan,
Tapi kaki tetap mengorak jalan,
Untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang.

DENGAN ITU, MARILAH KITA SAMA-SAMA MENYAKSIKAN VT PELAJAR-PELAJAR SEMESTER IV



MASA
CUE
ANN 10 ( Fadzil )
9.35 mlm
Selepas  VT
DAN YANG TERAKHIR DIPERSILAKAN DATUK MARINA CHIN UNTUK  MENYAMPAIKAN CENDRAMATA KEPADA MPP SEM IV SEBAGAI  TANDA  KENANG-KENANGAN ATAS JASA DAN SUMBANGAN YANG DIBERIKAN DAN TIDAK JUGA LUPA KEPADA SEMUA PELAJAR SEMESTER IV .
DENGAN ITU DIJEMPUT  PENGERUSI MPP... DLL ( SEHINGGA HABIS )

 MANAKALA PELAJAR SEMESTER IV IALAH..........

MASA
CUE
ANN 11 ( Nadia )
9.40 mlm
Selepas  penyampaian cendramata
 MAJLIS MERAKAM RIBUAN TERIMA KASIH  KEPADA YBHG DATUK.

Kuning emas masaknya padi ,
Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Budi anda semua jadi kenangan.

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara Nampak
Esok jangan rindu-rinduan.

DENGAN ITU, BERAKHIRLAH SUDAH MAJLIS KITA PADA MALAM NIN. SEBELUM BERSURAI , MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA   SEMUA GURU-GURU DAN RAKAN-RAKAN KERANA SUDI UNTUK BERSAMA DENGAN KAMI PADA MALA MINI DAN MAJLIS  MENDOAKAN AGAR SEMUA ABANG-ABANG DAN KAKAK-KAKAK BERTAMBAH CERIA DAN BAHAGIA  DALAM MELAKUKAN SETIAP AKTIVITI.

SEBELUM BERSURAI DIMINTA SEMUA PELAJAR SEMESTER  IV  BERSEDIA UNTUK SESI BERGAMBAR.

SEKIAN. ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Diharap teks ini dapata membantu pelajar semua...SELAMAT BERJAYA