Wednesday, April 23, 2014

Teks Ucapan

Kebiasaan nya selepas peperiksaan akhir semester , satu majlis akan diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar yang akan meninggal  program prauniversiti SSBJ . Mereka biasanya akan melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi spt. UPM, UKM, USM, UM dan lain-lain IPTA lagi.

Seminggu menjelang majlis diadakan pelajar yang dilantik sebagai pengerusi majlis akan sibuk mengejar cikgu untuk menyediakan teks ucapan, 

Oleh itu teks ini hanyalah panduan kepada pelajar-pelajar untuk menyediakan teks mereka.  

UCAPAN MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR SEMESTER IV  PROGRAM  

PRAUNIVERSITI

MASA
CUE
ANN 1 ( Nadia )
8.00 mlm
Semua mengambil tempat
Sirih berlipat siri pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pemuka bicara

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

YANG DIHORMATI DATUK MARINA CHIN
PENGETUA SSBJ,
YANG BERUSAHA BARISAN PENTADBIR SSBJ,
GURU-GURU,
PARA  JEMPUTAN  DAN
HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN.
YANG DIRAIKAN PELAJAR SEMESTER IV,

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA.

MAJLIS TERLEBIH DAHULU
MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA TETAMU KE MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR SEMESTER IV SESI 2013/2014
MAJLIS JUGA TURUT MERAKAMKAN SEKALUNG TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN YANG BERBAHAGI DATUK MARINA UNTUK BERSAMA-SAMA MENJAYAKAN MAJLIS INI



































MASA
CUE
ANN 2 ( Fadzil )
8.10 MLM
Bacaan Doa
 Bunga Mawar cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi;
Doa dibaca memohon rahmat, Semoga majlis sentiasa diberkati.

BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS
PADA MALAM INI, MARILAH KITA SAMA-SAMA MENGAMINKAN DOA YANG AKAN DIBACAKAN OLEH……

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.




MASA
CUE
ANN 3 ( Fadzil )
8.15 Mlm
Selepas bacaan doa
AMIN AMIN YA RABBIL ALAMIN

MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA ……..
ATAS BACAAN DOA ITU TADI.

BAGI MENERUSKAN ACARA, MAJLIS SEGERA MENAMPILKAN SDR. SYAZWAN , PENGERUSI MPP DAN SEBAGAI WAKIL PELAJAR SEMESTER IV UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.


MASA
CUE
ANN 4 ( Nadia )
8.20 mlm
Selepas ucapan alu-aluan
MAJLIS MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH.

SETERUSNYA HADIRIN SEKALIAN, MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA PN. ROSMAWATI ISMAIL, PEN. KANAN PRAUNIVERSITI
MENYAMPAIKAN UCAPAN.

DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN















MASA
CUE
ANN 5 ( Nadia )
8.30 mlm
Selepas ucapan Yang Berusaha…..
TERIMA KASIH YANG BERUSAHA PN. ROSMAWATI BT. ISMAIL, ATAS UCAPAN ITU TADI.

HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,
TIDAK LENGKAP RASANYA MAJLIS KITA INI, JIKA TIDAK MENDENGAR KATA-KATA HIKMAT DRP. DATUK  MARINA.

DENGAN ITU, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN DATUK MARINA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.

DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.




MASA
CUE
ANN 6 ( Fadzil )
8.40 mlm
Selepas ucapan Datuk Marina
TERIMA KASIH DATUK.

HADIRIN HADIRAT YANG DIHORMATI,

Puan dibawa ke Gunung Ledang,
Bagi penawar hati yang ragu,
Bagi menghapus hati yang lara;
Pinggang mangkuk telah terhidang,
Apa lagi ingin ditunggu,
Marilah kita menjamu selera,

DENGAN ITU, MAJLIS MEMPERSILAKAN PARA HADIRIN MENJAMUN SELERA.
DIPERSILAKAN.



MASA
CUE
ANN 7 ( Fadzil )
9.30 mlm
Selepas makan
HADIRIN HADIRAT SEKALIAN,

MAJLIS DITERUSKAN DENGAN ACARA CABUTAN BERTUAH,
MAJLIS MENJEMPUT PN. ROSMAWATI ISMAIL, PK PRAU UNTUK MEMBUAT 4 CABUTAN. ( PEMENANG MENERIMA HADIAH )
TERIMA KASIH………

SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT ……UNTUK MEMBUAT 4  LAGI CABUTAN.
TERIMA KASIH………




MASA
CUE
ANN 8 ( Nadia )
9.20 mlm
Selepas  cabutan bertuah
BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS KITA PADA MALAM INI, MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENDENGARKAN LAGU YANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH………….



MASA
CUE
ANN 9 ( Nadia )
9.20 mlm
Selepas  nyanyian
MAJLIS DITERUSKAN DENGAN ACARA CABUTAN BERTUAH,
MAJLIS MENJEMPUT…………..UNTUK MEMBUAT 4 CABUTAN. ( PEMENANG MENERIMA HADIAH )
TERIMA KASIH………

SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT ……UNTUK MEMBUAT 4 LAGI CABUTAN.
TERIMA KASIH………





MASA
CUE
ANN 9 ( fadzil )
9.30 mlm
Selepas cabutan bertuah
MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA …. .

HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,

Tiap pertemuan ada perpisahan,
Itu adat itu lumrah kehidupan,
Begitulah rentetan perjalanan,
Walau sukar untuk ditelan,
Tapi kaki tetap mengorak jalan,
Untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang.

DENGAN ITU, MARILAH KITA SAMA-SAMA MENYAKSIKAN VT PELAJAR-PELAJAR SEMESTER IV



MASA
CUE
ANN 10 ( Fadzil )
9.35 mlm
Selepas  VT
DAN YANG TERAKHIR DIPERSILAKAN DATUK MARINA CHIN UNTUK  MENYAMPAIKAN CENDRAMATA KEPADA MPP SEM IV SEBAGAI  TANDA  KENANG-KENANGAN ATAS JASA DAN SUMBANGAN YANG DIBERIKAN DAN TIDAK JUGA LUPA KEPADA SEMUA PELAJAR SEMESTER IV .
DENGAN ITU DIJEMPUT  PENGERUSI MPP... DLL ( SEHINGGA HABIS )

 MANAKALA PELAJAR SEMESTER IV IALAH..........

MASA
CUE
ANN 11 ( Nadia )
9.40 mlm
Selepas  penyampaian cendramata
 MAJLIS MERAKAM RIBUAN TERIMA KASIH  KEPADA YBHG DATUK.

Kuning emas masaknya padi ,
Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Budi anda semua jadi kenangan.

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara Nampak
Esok jangan rindu-rinduan.

DENGAN ITU, BERAKHIRLAH SUDAH MAJLIS KITA PADA MALAM NIN. SEBELUM BERSURAI , MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA   SEMUA GURU-GURU DAN RAKAN-RAKAN KERANA SUDI UNTUK BERSAMA DENGAN KAMI PADA MALA MINI DAN MAJLIS  MENDOAKAN AGAR SEMUA ABANG-ABANG DAN KAKAK-KAKAK BERTAMBAH CERIA DAN BAHAGIA  DALAM MELAKUKAN SETIAP AKTIVITI.

SEBELUM BERSURAI DIMINTA SEMUA PELAJAR SEMESTER  IV  BERSEDIA UNTUK SESI BERGAMBAR.

SEKIAN. ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Diharap teks ini dapata membantu pelajar semua...SELAMAT BERJAYA



No comments:

Post a Comment