Sunday, April 20, 2014

CARTA PAI MUDAH

ALIH BENTUK KOMUNIKASI

Bentuk Liner kepada bukan liner
Contoh : Jadual dan carta pai ( pai mudah, perbandingan dan bertingkat )

Objektif
1.      Memindahkan data/maklumat kepada teks bukan liner
2.      Menganalisis data dan fakta
3.      Membuat penghitungan/pengiraan dan penaakulan

Tajuk
1.      Jadual
2.      Carta Pai Mudah
3.      Carta Pai Perbandingan
4.      Carta Pai Bertingkat

TAJUK 1 : CARTA PAI
Pengenalan

1.      Carta pai turut dikenali dengan nama carta bulatan.
2.      Carta pai terbahagi kepada beberapa jenis iaitu :
i.                    Carta pai penuh
ii.                  Carta pai separa
iii.                Carta pai bertindih
iv.                Carta pai bertingkat
3.      Carta pai dilukis berdasarkan nilai peratus semua pemboleh ubah yang ditunjukkan

CARTA PAI PENUH

Terdapat 2 jenis :

1.      Carta Pai Mudah

2.      Carta Pai Berbanding

Pengenalan

1.      Carta pai mudah berbentuk satu bulatan penuh ( 360 )
2.      Bulatan dibahagikan kepada beberapa sektor mengikut data atau jadual yang dibina .
3.      Jumlah peratus setiap sektor hendaklah ditulis.

Contoh pengiraan peratus :
a.       Jumlah/ kuantiti sesuatu pemboleh ubah
________________________________            X  100
Jumlah/kuantiti seluruh pemboleh ubah

Bagi menentukan darjah sudut / keluasan dalam bulatan dengan menggunakan formula  seperti di bawah :

b.      sesuatu pemboleh ubah
___________________________________    X 360
seluruh pemboleh ubah

c.       Tentukan jejari (  0 )
0 ialah jumlah nilai seluruh pemboleh ubah.

4.      Setiap sektor diwarnakan dengan warna yang berbeza.

5.      Jumlah keseluruhan mesti ditulis pada bahagian bawah pai

6.      Sudut sektor bermula dengan 0

7.      Susunan pemboleh ubah mestilah mengikut urutan dalam teks yang diberi.

8.      Bina jadul sebelum bina carta pai.


Langkah- langkah

1.      Membina jadual


      Sediakan ruang-ruang untuk setiap pemboleh ubah dan letakkan judul bagi setiap ruang.
      Judul mestilah sesuai dengan butiran yang terdapat dalam petikan seperti bulan, jenis, jumlah, perkara, sektor, dan lain-lain.
      Nyatakan nilai dalam ruangan judul misalnya dalam peratus, ribu orang, juta tan, atau dolar, dan sebagainya.
      Muatkan semua butiran yang diperlukan dalam jadual sama ada butiran yang sedia ada ataupun butiran yang memerlukan calon mencarinya dengan membuat sedikit pengiraan.
      Tajuk jadual perlu ditulis pada bahagian atas jadual. Gunakan huruf besar pada permulaan perkataan. Tajuk  mestilah digaris.
      Sumber perlu ditulis pada bahagian kanan bawah jadual.

Contoh Bina Jadual :

Contoh Soalan

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan satu carta yang sesuai bagi menunjukkan bilangan pekerja yang diberhentikan mengikut sektor pada Jun 2002.

a.       Tulis Tajuk

Malaysia : Bilangan Pekerja yang Diberhentikan Mengikut Sektor Pada Jun 2020

Sektor
Bilangan
Peratus ( % )
Sudut ( ∢ )
Jumlah
 100
360
                                                                       
c.       Tulis Sumber

( Sumber : Bilangan pekerja yang diberhentikan mengikut sektor pada Jun 2002 )

* Bawah sebelah kanan jadual.

2.      Bina pai

1. Ada Tajuk
2. Buat Bulatan 360 darjah
3. Di bawah bulatan ditulis jumlah
4. Tulis sumber dalam kurungan ( sama seperti dalam soalan )
5. Tulis jejari
6. Buat petunjuk berdasarkan pemboleh ubah dalam soalan diikuti simbol yang digunakan
7. selepas itu buat frame/bingkai bagi keseluruhan carta pai tersebut.


Contoh soalan :

CARTA PAI
Nama : _________________________
Kelas : _____________________
Tarikh : ___________________

Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam petikan di bawah ini, sediakan carta pai untuk menggambarkan data tentang nilai eksport Negara T sehingga bulan Disember 2005.
Dengan meningkatkan galakan eksport selepas Negara mengalami kegawatan ekonomi yang teruk sejak bulan Julai 1997 sehingga pertengahan tahun 1998, jumlah eksport Negara T telah meningkat sebanyak 7.83% atau RM9.4 bilion pada bulan Disember 2005 berbanding bulan Disember 2005. Nilai eksport yang dicatat pada tahun 2004 ialah RM120 bilion. Antara enam barang eksport utama Negara, petroleum mentah mencatatkan angka yang tertinggi, iaitu sebanyak RM36.77 bilion. Ini diikuti oleh hasil yang berkaitan dengannya, iaitu gas asli cecair yang mencatatkan jumlah RM34 bilion. Lazimnya, gas asli cecair didapati di kawasan di mana petroleum mentah digerudi.
Barang eksport yang ketiga terbanyak menyumbang kepada pendapatan Negara T ialah barang elektrik. Barang elektrik seperti penyaman udara, radio, televisyen dan sebagainya dieksport ke seluruh dunia dan angka yang dicatatkan pada tahun 2005 adalah sebanyak RM23.54 bilion. Seterusnya ialah barang tekstil, terutama batik dan sutera yang bernilai RM15.05 bilion. Hasil eksport yang terkecil pada tahun ini ialah kayu balak. Ini sejajar dengan langkah kerajaan untuk mengekalkan ekosistem yang baik dan mengawal pembalakan. Nilai yang dicatatkan adalah sebanyak RM3.52 bilion. Barang eksport yang bersifat tradisional, iaitu getah juga mencatat angka yang agak menggalakkan, iaitu RM16.52 bilion.
( Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan daripada Persatuan Pengeksport Negara T, Tahun 2006 )


Jawapan : Bina Jadual

NEGARA T : JUMLAH EKSPORT BEBERAPA JENIS BARANG SEHINGGA BULAN DISEMBER 2005

Barang
Jumlah
( RM billion )
Peratus
%
Sudut
Kayu balak
3.52
2.7
10
Barang elektrik
23.54
18.2
65
tekstil
15.05
11.6
42
Petroleum mentah
36.77
28.4
102
Gas asli cecair
34.00
26.3
95
getah
16.52
12.8
46
jumlah
129.40
100.0
360

( Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan daripada Persatuan Pengeksport Negara T, Tahun 2006 )

Berdasarkan jadual di atas pelajar dapat membina carta pai dengan tepat.




























2 comments:

  1. Bagaimana cara pemarkahannya jika saya tersilap tulis unit pada jumlah bawah pai tu . Sepatutnya orang saya tercareless tertulis rm/juta . Mohon pencerahan

    ReplyDelete
  2. Nilai peratus, klu ambil 2 titik perpuluhan dibelakangnya boleh ke.. atau wajib 1 tmpt titik perpuluhan shj.

    ReplyDelete