Program Prauniversiti
Sekolah Sukan Bukit Jalil
CARTA
PAI MUDAH
Nama
: _________________________
Kelas
: _____________________
Tarikh
: ___________________
Latihan 1
Berdasarkan maklumat yang terdapat
dalam petikan di bawah ini , sediakan carta pai untuk menggambarkan data
tentang eksport negara sehingga bulan Disember 2005.
Dengan
meningkatkan galakan eksport selepas negara mengalami kegawatan ekonomi yang
teruk sejak bulan Julai 1997 sehinggga pertengahan tahun 1998, jumlah eksport negara
telah meningkat sebanyak 7.83% atau RM9.8 bilion pada bulan Disember 2005
berbanding bulan Disember 2004. Nilai eksport yang dicatat pada tahun 2004
ialah RM120 bilion. Antara enam barang eksport utama negara, petroleum mentah
mencatatkan angka yang tertinggi, iaitu sebanyak RM36.77 bilion. Ini diikuti
oleh hasil yang berkaitan dengannya, iaitu gas asli cecair yang mencatatkan
jumlah RM34 bilion. Lazimnya, gas asli cecair didapati di kawasan di mana
petroleum mentah digerudi.
Barang
eksport yang ketiga terbanyak menyumbangkan kepada pendapatan negara ialah
barang elektrik. Barang elektrik seperti penyaman udara, radio, televisyen dan
sebagainya dieksport ke seluruh dunia dan angka yang dicatatkan pada tahun 2005
adalah sebanyak RM23.54 bilion . Seterusnya, ialah barang tekstil, terutama
batik dan sutera yang bernilai RM15.05 bilion. Hasil eksport yang terkecil pada
tahun ini adalah kayu balak. Ini sejajar dengan langkah kerajaan untuk
mengekalkan ekosistem yang baik dan mengawal pembalakan. Nilai yang dicatatkan
adalah sebanyak RM3.52 bilion. Barang eksport yang bersifat tradisional, iaitu
getah juga mencatat angka yang agak menggalakkan, iaitu RM16.52 bilion.
(
Dipetik dan diubahsuaikan daripada Persatuan Pengeksportan Negara, Tahun 2006 )
Latihan 2
Program Prauniversiti
Sekolah Sukan Bukit Jalil
CARTA PAI MUDAH
Nama : _________________________
Kelas : _____________________
Tarikh : ___________________
Berdasarkan maklumat yang terdapat
dalam petikan di bawah ini , sediakan carta pai yang sesuai bagi menunjukkan
pelaburan asing mengikut industri pada tahun 2004.
Pelaburan
asing terus meliputi kira-kira satu per tiga daripada jumlah pelaburan swasta
di negara ini. Kerajaan terus memastikan dasar yang dilaksanakan berterusan
menyokong kemasukan pelaburan asing yang baru dan negara kekal sebagai
destinasi pilihan syarikat yang mencari peluang di Rantau Asia. Jumlah
pelaburan asing di negara ini telah mencatatkan sejumlah RM12 244 juta pada tahun 2004.
Daripada
jumlah tersebut, RM384.8 juta merupakan pelaburan dalam industri makanan.
Pelaburan asing dalam industri tekstil mencatat sejumlah RM368.5 juta atau 3.0
peratus. Laporan Pelaburan Dunia ( UNCTAD ) 2003 telah menyenaraikan Malaysia
sebagai salah satu daripada sepuluh negara ekonomi teratas yang berjaya menarik
pelaburan asing. Lebih banyak syarikat asing yang melabur dalam industri
seperti kertas dan percetakan berjumlah RM1 361.8 juta dan produk petroleum
berjumlah RM812.4 juta atau 6.6 peratus.
Malaysia
juga dapat memperbaiki kedudukannya dalam industri elektronik dengan
mencatatkan jumlah pelaburan asing tertinggi, iaitu sebanyak RM6 826.0 juta
atau 55.7 peratus. Pelaburan asing dalam produk industri kimia telah
mencatatkan sejumlah RM556.3 juta pada tahun tersebut manakala pelaburan asing
dalam industri penghasilan produk getah lebih rendah sebanyak RM446.5 juta
berbanding produk kimia.
Selain
itu, pelaburan dalam industri penghasilan produk logam dibentuk telah
mencatatkan sejumlah RM736.3 juta atau 6.0 peratus. Kekukuhan asas ekonomi
negara seperti keterbukaan perdagangan, perlindungan undang-undang hak cipta
dan kadar cukai yang rendah membolehkan negara bertindak secara berkesan
terhadap persekitaran global yang semakin kompetitif. Untuk itu, pelaburan asing
terhadap produk elektronik telah mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu RM6 826.0
juta atau 55.7 peratus.
( Sumber : Dipetik dan
diubahsuaikan daripada Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), 2005 )
No comments:
Post a Comment